Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala 40 lagi cedera dalam serangan berbalas tembakan antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan di Mogadishu, Somalia, pada Sabtu.<br /><br />Kejadian itu berlaku selepas kumpulan militan menyerbu masuk sebuah hotel popular di ibu negara dan pertempuran berlaku selama beberapa jam.